PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

Kursus ini memberi penekanan kepada beberapa aspek dalam kejuruteraan awam seperti rekabentuk, pengurusan pembinaan dan penganalisisan. Mata pelajaran yang dipelajari termasuk Matematik, Lukisan Kejuruteraan, Struktur, Hidrologi, Mekanik Tanah, Kejuruteraan Jalan raya, Pengurusan Pembinaan, Aturcara Kontrak dan Ukur Bahan. Selepas menamatkan pengajian pada peringkat diploma ini pelajar dapat ditempatkan di industri pembinaan sebagai Penyelia bahagian kerja-kerja penyeliaan ataupun sebagai Pembantu Teknik Awam di jabatan-jabatan kerajaan. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di peringkat ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti yang ada bagi menjadi seorang Jurutera.

No comments:

Post a Comment